April 10, 2006

Nazam Maulid Nabi Muhammad SAW

Filed under: Motivasi

Oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

APAKAH ENGKAU KENAL NABIMU ???

Apakah engkau benar-benar kenal nabimu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya,
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?
Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani,
rohaniahnya, peribadi nabimu pasti engkau jatuh hati padanya,
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya melalui selawat
dan ingatan padanya,
Engkau akan terasa terhutang budi padanya, kerana kedatangnya dan
jasanya kepada dunia.

Muhammad nabimu S.A.W., Nabimu dia seorang manusia istimewa,
Luar biasa yang tiada taranya,
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. ,
Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas
agar engkau kenal nabimu sendiri,
Siapa dia yang sebenarnya?

Ia adalah Muhammad anak Abdullah,
Ibunya Aminah,
Bangsa Quraish dari Bani Hashim,
Nasabnya hingga ke nabi Ibrahim,
Dia adalah anak yatim piatu, seorang anak yang
tidak pernah dapat bermanja dengan ibu dan bapanya seperti orang lain,
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga
yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan,
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad,
Dan Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan,
syurga, dunia, akhirat, para malaikat, `arasy,
kursyi, sirat,manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya.

Ertinya kalau bukan kerana nabi Muhammad S.A.W,
yang lain tidak akan diwujudkan,
Kalau begitu rupanya nabi kita membawa rahmat, zahir dan batin kepada
semua makhluk Tuhan,
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad
dikalangan para nabi,
Dia adalah satu-satunya nabi yang di isra` dan di mi`rajkan,
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahaya yang terang,
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut denganTuhan,
Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah,
ketua seluruh para Rasul dan para ambiak,
penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia.

Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat,
Orang yang memberi syafa`tul kubro di akhirat dan orang pertama masuk syurga,
Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap,
merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung,
Tiada siapa yang dapat menirunya,
Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat sekalipun dia tidak boleh menulis
dan membaca.

Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya,
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa,
Adakalanya laksana ibu dan ayah,
adakalanya macam kawan yang membela dan setia,
adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan pemimpin,
dan adakalanya bagaikan ketua tentera.

Setiap orang yang semajlis dengannya
merasakan dapat layananya memuaskan darinya,
Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya,
Keberaniannya luar biasa,
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya,
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja,
Setiap orang yang meminta-minta tidak pernah dikecewakannya
sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia,
Ibadahnya banyak terutama sembahyang sehingga
bengkak-bengkak kakinya kerana,
terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya.

Baginda tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan,
Di sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Satu perbuatan yang luar biasa.
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri,
sangat menerima keuzuran orang,
sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan
dan bermacam-macam bentuknya,
Kerana itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi
daripada keseluruhan para Rasul Alaihimussaltuwassalam.

Dia suka kepada seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja tidur tetapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wuduknya.
Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan,
27 kali dia ikut sama atau ikut serta,
Tetapi pelik, tidak pernah dia membunuh
musuh-musuhnya walaupun seorang.

Anak-anak didikannya itulah dia para sahabat
sehingga dia berkata ” Sahabat-sahabatku laksana bintang di langit,
mana satu yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk”,
“Para ulama` umatku laksana para Nabi Bani Israil” ,
Jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya,
Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis,
dibaling dengan batu hingga berdarah,
dibuang daerah selama tiga tahun, dikepung hendak dibunuh,
berhijrah meninggalkan tanah air
dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemulian di sisi Allah S.W.T begitu ketara dan terserlah
iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya,
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah,
Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak
diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya,
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya,
Doanya sangat Qabul bahkan siapa yang hendak berdoa,
bertawassul dengannya lebih diterima doanya.

Sesiapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat,
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat .
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya.

Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah,
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi,
Orang tidak dapat menentang matanya
karena kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya,
Terutama musuh-musuhnya pasti menundukkan pandangannya
bila bertembung dengan pandangannya.

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya,
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi,
Seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya.

Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala,
Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya,
Bahkan diberi kepada yang berhak,
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya,
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya,
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya,
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan,
Tidak pernah mencerca makanan,
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya,
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir,
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri,
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.

Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara,
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya,
Didikan dan pimpinannya sangat berjaya,
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku dan
dicatat dalam sejarah,
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala,
Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka,
Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak,
kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya,
Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain di kalangan manusia,
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya,
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya,
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa,
Berjaya melahirkan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan
pimpinannya sekalipun yang bukan Islam,
Mererka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada
seluruh makhluk sekalipun binatang.

Itulah dia Muhammad Rasulullah SAW,
Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa,
Yang istimewa kejadian dan akhlaknya paling sempurna,
tidak ada tandingannya.

Baru sedikit sahaja kita ceritakan tentangnya
sudah mengagumkan kita,
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya ?
Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja ?
Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang terlalu
berjasa kepada manusia ?
Apakah kita tidak terasa berhutang budi kepadanya ?
Bahkan patut pula bersyukur kepadanya sepanjang masa,
Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin lain di dunia ?
Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi,
Lantaran itulah orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya,
sanggup mati kerananya.

Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita,
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu,
berakhlak mulia, bertamadun, berkasih sayang, bertolong bantu,
berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa,
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.

Sekian.

7 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://affanzbasalamah.blogsome.com/2006/04/10/nazam-maulid-nabi-muhammad-saw/trackback/

  1. iya yah… saya ga kenal nabi saya sendiri… cuman tau dari ceritera aja…

    *sambil meratapi port 21 yang sekarang ga bisa dilewati dari kampus*

    Comment by rendy — April 10, 2006 @ 2:17 pm

  2. mas affan,

    kalo gak salah tulisan ini pake bahasa malay ya, boleh gak usul, diterjemahin gitu ke bahasa indo, hehe.. isinya bagus memang, seperti isi blognya yang laen, cuman agak lieur juga euy bacanya.. :)

    Comment by eko — April 11, 2006 @ 2:33 am

  3. Ya Allah, betapa indahnya pengetahuan kami tentang Rasulullah, namun betapa kami juga tidak makin sanggup untuk sungguh sungguh mengikuti jejak perjuangan beliau. Kami memuji-muji Rasulullah, tapi kami tidak pernah serius memojokkan diri sendiri : Ikut Muhammad atau tidak!!!

    Comment by Agus Daeng — April 11, 2006 @ 4:42 am

  4. apa bahasa malay itu beda banget dengan bahasa indonesia??!!

    Comment by ELY — August 8, 2006 @ 11:07 am

  5. Nggak terlalu beda kok, cuma ada beberapa kata yang sama, tapi artinya agak jauh. Orang Malaysia bahasanya banyak diambil dari bahasa melayu, arab dan inggris, sementara orang Indonesia bahasanya banyak diambil dari bahasa arab, sansekerta, belanda, portugis, serta arab. Tapi kalau ngobrol biasa nggak terlalu susah kok.

    Comment by affanzbasalamah — August 8, 2006 @ 6:41 pm

  6. alhamdullillah, ada jugak orang yang sudi menulis sajak tentang junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. syabas saya ucapkan kepada penulis sajak di atas..

    Comment by eiqa — August 28, 2006 @ 9:02 am

  7. betapa rinduku padamu ya ROSULULLOH………….

    Comment by native — March 31, 2007 @ 8:15 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here