May 27, 2006

Miliki Tuhan

Filed under: Motivasi

Marilah kawan-kawan mengagungkan Tuhan
Melalui sembahyang, zikir, puasa dan baca Al-Quran
Tuhan adalah segala-galanya
Kerana segalanya adalah ciptaan Tuhan

Kehilangan Tuhan, kehilangan segalanya
Mendapat Tuhan, mendapat segala-galanya
Marilah kita miliki Tuhan
Agar segalanya kita miliki

Memiliki Tuhan, memiliki segalanya
Kehilangan Tuhan tiada erti segalanya
Kerana segalanya bila-bila masa diambil Tuhan
Kehilangan segalanya tidak mengapa

Jangan sampai kita kehilangan Tuhan
Segala yang kita miliki tiada gunanya
Milikilah Tuhan, Dia kekal abadi
Penyelamat kita dunia Akhirat

Segalanya selain Tuhan akan binasa
Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita
Cintailah Allah dan agungkanNya
Syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmatNya
Sabarlah atau redhalah di atas ujianNya
Kerana ada didikan dan hikmah kepada kita

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 26, 2006

Ajarkan Aku Tuhan

Filed under: Motivasi

Tuhan! Jika aku masih sujud padaMu
Menunjukkan Engkau masih memanggil aku
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkanMu
Namun aku sahaja tidak pandai beradab denganMu

Aku hambaMu memang tidak pandai beradab
Tapi Engkau masih sudi menerima aku
Begitulah rahmat dan kasuh sayangMu
Hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmatMu

Tuhan! Ajarkanlah bagaimana beradab denganMu
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaranMu
Aku takut setiap kali aku menyembahMu
Aku derhaka denganMu tanpa disedari

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah aku
Kalau aku tidak pandai membesarkanMu
Maafkanlah aku tidak pandai beradab
Begitulah hambaMu selalu sahaja tidak beradab denganMu

Janganlah kau putuskan hubunganku denganMu Tuhan
Teruslah panggil aku untuk menghadapMu
Aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu Tuhan
Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu

Wahai Tuhan! Ajarkanlah aku
Bagaimana beradab dalam sembahyangku
Agar Kau tak putuskan hubungan denganMu
Kalau Engkau putuskan musnahlah hidupku
Engkau sahaja harapanku

Janganlah Kau putuskan hubunganku denganMu Tuhan
Teruslah panggil aku untuk mengadapMu Tuhan
Aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu Tuhan
Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu


Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 25, 2006

Reaksi Tuhan

Filed under: Motivasi

Walaupun Tuhan itu Zat yang Maha Agung
Kita tidak dapat melihatnya dengan mata
Namun Tuhan marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murkaNya dapat dikesan
PerhatianNya pada kita boleh juga dibaca
Kemaafan juga dapat dirasa

Jika bersembahyang ada lazatnya
menunjukkan Tuhan ada perhatian pada kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang
Menunjukkan kita ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan

Bila kita memohon ampun
Jiwa kita terasa lembut
Air mata taubat berguguran
Moga Tuhan terima taubat kita

Apabila jiwa kita gelisah
Tanda Tuhan murka, pasti ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan
Dia pasti mengampunkan kita

Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah
Bersyukurlah kita kepadaNya
Kalau kita berusaha mendekatkan diri
Dengan Tuhan kemudian diujinya kita
Itu tandanya Dia meredhai kita
Untuk bersihkan dosa dan tinggikan darjat

Kalau kita kaya mudah saja
Kita mengagihkan kepada manusia
Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat
Untuk menderma dan memberi keranaNya
Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara murka

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 24, 2006

Bantulah Aku Melawan Hawa Nafsu (repost)

Filed under: Motivasi

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Kucoba berkali-kali, aku gagal lagi
Namun aku tak putus asa, aku lawan lagi
Namun aku tak mampu, aku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku, mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merusakkanku
Agar aku tak terhalang dari menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, kasihanilah aku
Jangan Engkau biarkan aku

Tuhan!
Bantulah aku, kasihani aku, jangan biarkan aku
Bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Aku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Aku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering menggangu aku
Setiap hari ia memusuhiku ketika aku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu Aku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nanti

Tuhan, aku kan mencoba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu dan rahmat-Mu, Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar aku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap moga aku akan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu didalam seluruh kehidupanku

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, kuingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nanti

Tuhan, aku kan mencoba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu dan rahmat-Mu, Tuhan

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

May 23, 2006

Sembahyang Titik Tolak Segalanya

Filed under: Motivasi

Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaikkan sembahyangnya
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca

Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan pun mencurah-curah
Dianugerahkan kepdanya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga
Kelihatan pula kepada peribadinya syariatnya sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara

Kerana itu betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya
Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan tanpa sembahyang
Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang

Sembahyang adalah ibu ibadah
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan
Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian
Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik

Jika sembahyang sudah dicuaikan
Atau bersembahyang tidak ada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan tanpa sembahyang
Itu adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 22, 2006

Sembahyang itu Hubungan Hamba dengan Khaliqnya

Filed under: Motivasi

Abuya Attamimi

Apabila sembahyang ditinggalkan,
Atau sembahyang dengan kejahilan,
Atau sembahyang di dalam kelalaian,
Hubungan hamba itu dengan Khaliqnya sangat cacat,
Atau terus terputus,
Kutuk dan laknat pun berlaku, ke atas kepalanya,
Oleh Allah, para malaikat, seluruh makhluk Allah,
Kecuali jin dan manusia

Kalau begitu apalah erti kekayaan?
Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan!
Nama dan glamor tiada berguna,
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka

Dirikanlah sembahyang di atas waktunya,
Di awal waktunya,
Pertahankanlah jemaah setiap waktu,
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya,
Hadirkan hati,
Fahamkan maksudnya,
Hayatilah tuntutan-tuntutannya

Rasakan kehebatan Allah,
Menghina dirilah di hadapan-Nya,
Agungkan dan besarkan Zat-Nya

Hilangkan segala yang ada,
Hanya kewujudan-Nya sahaja yang kita rasa ada,
Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula diperiksa,
Dirikanlah sembahyang, jangan hanya bersembahyang,
Agar seluruh amalan kita diterima.

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 21, 2006

Peranan Sembahyang

Filed under: Motivasi

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

Lima waktu sehari semalam Tuhan disembah
Dibesarkan, dipuja, dipuji, munajat dan meminta
Agar hati yang dilalaikan oleh kesibukan dunia, terbangun semula
Supaya rasa bertuhan, rasa kehambaan hidup membara

Sembahyang lima waktu
adalah rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-Nya
Agar manusia tidak terus lalai sepanjang masa
Hampir-hampir jiwa manusia lalai,
dengan sembahyang sedar semula
Tidaklah sampai mati, hingga tertutup pintu hati

Rasa bertuhan dan rasa kehambaan itulah mengawal manusia
Daripada melakukan kejahatan dan kederhakaan
Daripada berlalai-lalai dan daripada melakukan dosa
Kalau tidak manusia tenggelam terus-menerus dengan dosa dan durjana

Oleh itu dirikanlah sembahyang, jangan sekadar sembahyang
Sembahyang sahaja tidak menghidupkan jiwa
Mendirikan sembahyang menghidupkan jiwa yang buta
Inilah hikmahnya mendirikan sembahyang,
kelalaian tidak sampai mematikan jiwa

Apabila sembahyang didirikan ketika tiba masanya
Roh sembahyang itu tertanam di dalam jiwa
Rohnya itulah akan dibawa ke mana-mana
Semangat sembahyang itulah yang akan berperanan
di mana sahaja kita berada

-Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 11, 2006

Nasihat Abuya

Filed under: Motivasi

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

Sudah lama aku ingatkan
Sudah selalu aku berpesan
Sudah sering aku menasihatkan
Akhirat utamakan

Disana negeri kekal abadi
Bekalannya dibawa dari sini
Sudahkah disediakan bekalan itu
Untuk keselamatan hidup disana

Umur kita di dunia tidak lama
Kerana ia negeri fana
Bila-bila masa kita boleh mati
Jangan sampai bekalan tidak dibawa

Ingatlah dunia ini sementara waktu
Jangan pula kita tertipu
Bekalannya iman amal bakti
Itulah yang akan membela kita

Di Akhirat tiada siapa yang membela
Semuanya lari dari kita
Sekalipun ayah dan ibu
Anak dan isteri serta saudara

Marilah sedia dari sekarang
Membangunkan iman beramal bakti
Untuk bekalan kita di sana
Agar di Akhirat tidak derita

-Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi


Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here