Nasihat Abuya
Sudah lama aku ingatkan
Sudah selalu aku berpesan
Sudah sering aku menasihatkan
Akhirat utamakan
Disana negeri kekal abadi
Bekalannya dibawa dari sini
Sudahkah disediakan bekalan itu
Untuk keselamatan hidup disana
Umur kita di dunia tidak lama
Kerana ia negeri fana
Bila-bila masa kita boleh mati
Jangan sampai bekalan tidak dibawa
Ingatlah dunia ini sementara waktu
Jangan pula kita tertipu
Bekalannya iman amal bakti
Itulah yang akan membela kita
Di Akhirat tiada siapa yang membela
Semuanya lari dari kita
Sekalipun ayah dan ibu
Anak dan isteri serta saudara
Marilah sedia dari sekarang
Membangunkan iman beramal bakti
Untuk bekalan kita di sana
Agar di Akhirat tidak derita
-Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi


ini siapa mas ?
Comment by rendy — May 11, 2006 @ 1:20 pm
Beliau ini adalah Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi. Beliau ini chairman atau CEO dari Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. di Malaysia. Beliau ini selain menjadi CEO, beliau ini adalah Syeikh Tarekat Muhammadiyah (bukan Muhammadiyah yang ada di Indonesia) yang diasaskan oleh Sayyidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi kurang lebih 200 tahun yang lalu.
Informasi lebih lanjut tentang Abuya serta Rufaqa’ Corporation bisa dilihat di website resmi Rufaqa’ Corporation. Buah fikiran beliau dalam bentuk tulisan bisa dilihat di situs Rufaqa’ Daily.
Comment by affanzbasalamah — May 15, 2006 @ 8:43 am
terkadang kita lupa…, percaya akan akhirat…, tapi selalu lupa mempersiapkan bekal. banyak teman saya yang selalu bicara akhirat.., bicara beribadah supaya nanti masuk surga.. buat bekal nanti…
hmmm…, kok ibadah dibuat pamrih… pengen masuk surga… kok menjauhi larangan karena takut neraka…
mengapa kita beribadah dan menjauhi larangannya tidak diniatkan semata-mata ikhlas karena Alloh..?
wallahu alam…
Comment by Eep — May 16, 2006 @ 5:17 am
Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi ialah Pemimpin Al-Arqam suatu masa dulu. Kini Al-Arqam telah diharamkan di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sewaktu itu Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi mempunyai pengaruh yang sangat besar sehingga ada yang mempercayai wajahnya dapat dilihat di atas bulan penuh 14 hari.
Di Malaysia, asalnya beliau begitu dikagumi dengan ilmu agamanya yang tinggi. Namun pada waktu kejatuhannya, dia mempunyai 10 isteri.
Alangkah anehnya dunia ni.
Comment by Mafatih — May 18, 2006 @ 9:25 am
“Di Malaysia, asalnya beliau begitu dikagumi dengan ilmu agamanya yang tinggi. Namun pada waktu kejatuhannya, dia mempunyai 10 isteri.”
10 istri ? yg bener aja ? beliau ini sangat menjaga syariat, dari yg kecil sampai yg besar. tak mungkin dia melakukan itu. ada data / bukti gak ?
Comment by dodi — June 30, 2006 @ 1:05 am
Kepada para penipu dan yang mengada-adakan berita tipu ,agar Tuhan laknatnya nanti. Beliau adalah seorang pemimpin yang baik dibanding semua pemimpin hari ini .
Comment by RAHMAN — September 5, 2006 @ 5:17 am
saya pernah jumpa dan membaca buku-bukunya . Tidak mungkin orang semacam ini tidak baik , saya yakin beliau memamng orang yang baik dan berhati mulia ,semua bangsa suka padanya .
Comment by maylin — September 5, 2006 @ 5:20 am
kalau betul dia pemimpin yang di tunggu2,kenapa lebih ramai yang tak suka dari yang suka,da tu kenapa banyak sangat kontroversi tentang dirinya.kalau betul dia hamba Allah yang di utuskan sebagai pilihan untuk mendidik umat di akhir zaman.kenapa dia tak di lindugi dari semua tuduhan ni.apapun dia bukan nabi.tapi dia mungking pembantu umat akhir zaman.persoalannya sekarang.kenapa banyak sagat pahaman yang sedia ada sekarang tak sama dengan yang dia ajar kan dalam jemaahnya.
Comment by hassim — September 20, 2006 @ 2:29 am
#8. Kalau suka tidak suka, ya itu terpulang lah. Macam Rasulullah SAW, sewaktu baginda berjuang, lebih banyak yang tidak suka daripada yang suka. Coba bandingkan jumlah pasukan Badar dengan pasukan kafir Quraisy, 313 melawan 1000 orang. Rasulullah SAW baru diterima oleh orang ramai setelah Futuh Makkah. Itu memang sunnatullah nya orang yang memperjuangkan kebenaran.
Demikian juga mengapa apa yang Abuya ajarkan banyak tidak sama dengan pahaman yang sedia ada, itu karena Abuya itu Mujaddid di akhir zaman, beliaulah reformer ajaran Islam, beliau memperbarui ajaran Islam agar sesuai dilaksanakan pada abad 21 ini dengan tepat. Abuya kenalkan Tuhan kembali, kenalkan syariat Tuhan kembali, kenalkan Akhirat kembali kepada umat manusia sedunia. Patutlah apa yang Abuya bawa beda dengan yang kebanyakan orang bawa, karena Abuya itu Mujaddid.
Mujaddid/reformer bukanlah bawa agama baru, tapi melahirkan kebenaran seperti yang Rasulullah bawa, dan dibekali Tuhan ilmu minda yang sangat hebat, sehingga mampu membuat umat Islam dapat melaksanakan Islam dengan tepat.
Sepanjang pengalaman saya, Abuya mampu pahamkan saya tentang Islam, dengan komprehensif, runtut, dan tidak membingungkan. Dan yang lebih penting lagi, dapat diamalkan! Abuya lah satu-satunya orang saat ini yang dapat dijadikan contoh ikutan pengalaman Islam.
Comment by affanzbasalamah — September 20, 2006 @ 9:32 am
abuya adalah sosok pemimpin yang dikagumi oleh jemaahnya tp bkn semua orang ,satu hal abuya tuh orang pandai yang bisa mengembankan ekonomi bagus tuh
Comment by azzam — November 12, 2006 @ 10:35 am
saya terbaca sebuah majalah. dalam artikel tu, seorang pencermah mendkwa abuya mampu membantu pengikutnya ketika sakharatulmaut sehinggakan malaikat sendiri tidak mampu berhadapan dengan abuya. Bukankah itu suatu perkara yang nyata sesatnya. Semalam mufti terngganu mengeluarkan fatwa bahawa ajaran rufaqa adalah haram!
Comment by hamba allah — November 30, 2006 @ 6:01 am
bertaubatlah anda sekalian pada Allah s.w.t. tiada yang lebih berkuasa dari Allah s.w.t. segala yang terjadi adalah kehendak Allah s.w.t. mohonlah hanya kepada Allah s.w.t. ketahuilah ilmu Tauhid.Allahuakhbar..subahan Allah..akidah serta amal ibadah anda yang menentukan akhirat anda..patuh kepada perintah Allah s.w.t. ajaran yang baik ialah bepandu kepada al-Quran dan hadis..itulah Islam yang sebenar yang mengikut Firman Allah s.w.t dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang lari dari ajaran Islam adalah ajaran sesat..Assalamualaikum..
Comment by amirul mukminin — December 1, 2006 @ 10:41 am
yang tentang nur muhammad itu bukan kata Abuya…walaupun itu dibenarkan oleh abuya… tetapi itu adalah nazam yang ada di maulid nabi yang setiap malam senin dibacakan dalam tahlil dan yang menulis maulid nabi itu seorang ahli thariqah di zaman khalifah yang saya lupa namanya…silahkan konfirm dalam buku tahlil atau tanyakan kepada mereka yang memahami tentang asal-usul penulis maulud nabi tersebut. Affan..
Comment by Reza F. (Hamzah) — December 2, 2006 @ 9:27 am
masyarakat antarabangsa mengagumi abuya….tp di malaysia tak menghargai nye…tak pela..kt tgk dan lihat….ini semua politik dan peranan media…perjuangan tak pernah senang lagi2 pada zaman sekarang…
Comment by sabar — December 5, 2006 @ 5:54 pm
abuya inilah mujaddid di kurun ke 15 ini…. semua manusia patut amalkan ilmu yang dibawanya.. luarbiasa sekali ilmunya dan kejayaannya. kajilah mengenai dirinya …tentu anda mengaguminya… tuhan bersama orang yang bersangka baik pada orang beragama tambahan pula beliau adalah mujaddid dikurun ini.
Comment by ali — February 22, 2007 @ 2:45 am
layarilah rufaqa daily…. semua yang ada di situ adalah hasil kuliah abuya….hampir 100 ribu semuanya…tapi yang sempat dimasukkan ke web hanya sedikit sahaja hasil inisiatif muridnya yang bersemangat tinggi untuk kongsikan kuliah yang diterimanya dari abuya pada kita semua.
Comment by ali — February 22, 2007 @ 2:50 am
TERIMA KASIH ABUYA. Tiada lagi kata yang dapat saya ucapkan. Aku bahagia bisa mengenal Abuya yang membawa perubahan. Terima Kasih Abuya….
Comment by FERDY — April 4, 2007 @ 7:36 am
saya seorang gadis, duduk kat australia.
saya perna jumpa abuya yang saya duduk kat malaysia.
kat rumah tamantun, bch dan juga kedah dan lain lain lagi..
Abuya itu seorang mursyid yang sangat tawadhuk dan kasih sayang. boleh lihat di mukanya, betapa bersih hatinya, sehingga kita sangat malu… dengan dosa kita. dia boleh lihat kita, dan tau apa yang kita lakukan dulu2..
maaf, bahasa melayu ana tak sangat bagus… tapi insyallah akan tambah lagi.
ana rasa kalau bukan kerana Abuya, saya akan jadi remaja yng rosak. setiap hari, saya baca minda, sajak atau madah Abuya, supaya di ingatkan selalu. di australia, sangat susah untuk mujahadah…tetapi dgn berkat n karomah abuya… mudahan dia akan pimpin saya selalu…
sekian dari saya
kalau ada orang nak contact … ada email ana.. mzb
Comment by munirah — May 15, 2007 @ 5:08 am