Abuya Pemimpin Ajaib!

Press Release
Pada tanggal 23 November 2006 di Hotel Sultan Jakarta Yayasan Rufaqa’ Indonesia mengadakan acara peluncuran buku “Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya”. Peluncuran buku ini diresmikan oleh Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Adhyaksa Dault, serta dihadiri oleh Menteri Pemberdayaan Perempuan Meuthia Hatta.
Dalam kata sambutannya, Menpora menganggap bahwa Abuya Ashaari Muhammad, yang dahulu dikenal sebagai pendiri Darul Arqam, adalah mujaddid atau pembaharu karena perjuangannya. Beliau juga menyatakan bahwa perilaku serta pemikiran Abuya Ashaari Muhammad patut diteladani.
“Pemikiran dan perilakunya menjadi inspirasi para pemimpin umat di dunia, untuk melawan kezaliman dan ketidakadilan. Dia melakukan berbagai perubahan dan memberikan keteladanan yang patut dicontoh,” kata Adhyaksa Dault.
Menpora mengutip pula perkataan penulis buku, yaitu Khadijah Aam, bahwa Abuya Ashaari lah Putra Bani Tamim itu, seraya mendoakan agar umur Abuya dipanjangkan sampai didatangkannya Imam Mahdi.
Menurut Adhyaksa, perjuangan Abuya selama 40 tahun telah menghasilkan sistem hidup baru. Ia menciptakan sistem hidup yang layak menjadi model alternatif utama di tengah kerusakan moral. Insya Allah, Abuya tak pernah menyatakan sebagai mujadid, tapi kita yang menyatakan Abuya Ashaari adalah mujadid.
Peluncuran ini dihadiri oleh wakil negara sahabat, yaitu Wakil Duta Besar Mesir dan perwakilan Kedutaan Besar Malaysia. Dalam peluncuran ini hadir pula tokoh-tokoh penting seperti Bang Imad, Sri Bintang Pamungkas, Ketua Dekopin Adi Sasono, Jubir Hizbut Tahrir Ismail Yusanto, Motivator Reza Syarief, Kemala Motik serta tokoh-tokoh lainnya.
Berikut liputan dari media massa dan beberapa link terkait:
REPUBLIKA
Menpora: Pendiri Darul Arqam Seorang Mujaddid
PIKIRAN RAKYAT
Teladani Perilaku Abuya Ashaari
Abuya Ashaari ”Pemimpin Ajaib”?
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi : Umat Islam di Dunia Hidup Nafsi-nafsi
LINK TERKAIT
Website Resmi Rufaqa’
Website Kumpulan Minda (Buah Pikiran) Abuya Ashaari Muhammad

Ini semua karut!!! Bukunya ditulis isterinya. Mahu publisiti.
Ajaran yang dibawa olehnya banyak yang sesat!!!!
Comment by q — December 5, 2006 @ 5:37 pm
macam familiar je bahasa encik q ni. Duk kat mane?
Comment by takkarut — December 20, 2006 @ 12:58 pm
terlalu mengutamakan hal2 yg tidak penting…
Comment by dogol — February 27, 2007 @ 6:58 pm
kebenaran pasti dibela..
Comment by shark — March 16, 2007 @ 12:27 am
perjuangan abuya mirip syiah yang membangunkan Iran atas dasar menanti Imam Mahdi. Ahmad Dinejad lebih berjaya dengan kekuatan tentera, ekonomi dan teknlogi. Abuya?? tak da apa-apa.. omong kosong. sudah tua mengaku pemuda..
Comment by shah — May 1, 2007 @ 10:14 am
rufaqa is the bast
Comment by suara utara — December 31, 2007 @ 5:58 pm
Hikmah Tahun Baru
Tahun baru Masihi atau tahun baru Hijriah walaupun berlainan tempat rujuknya
yang satu dirujuk kepada Nabi Isa yang satu dirujuk kepada hijrah Rasulullah
Namun satu tahun adalah mengandungi 12 bulan
Mengapa satu tahun ada 12 bulan?
Mesti ada hikmah yang tersirat mengapa 1 tahun ada 12 bulan?!
12 bulan masa yang singkat,
kalau dibandingkan dengan masa yang jauh di hadapan buat umur yang panjang
Tapi ia masa yang panjang buat ukuran satu dekad ke hadapan
Di dalam satu tahun ada 12 bulan
setiap insan kenalah muhasabah segala perbuatan,
untuk mengukur kejayaan satu tahun
Kalau satu dekad bagaimana pula kejayaan yang dihasilkankan akan dapat diagakkan
Lebih-lebih lagi umat Islam di dalam satu tahun kenalah pandang ke belakang
dan pandang jugalah ke hadapan
Bukan memikirkan hendak menyambut tahun baru secara pesta dan perayaan
Agar kita sentiasa membuat perubahan kepada kebaikan
dan seterusnya menjadi umat yang menguasai dunia global yang gemilang,
Ukuran kejayaan satu tahun kenalah diukur di semua bidang
Dengan itu kita akan dapat mengukur kejayaan
atau kegagalan itu di semua bidang
atau di sesetengah bidang atau di semua persoalan
Aspek yang gagal kenalah buat kajian kerana apa ia gagal,
Yang berjaya diteruskan untuk disuburkan
Umat Islam apabila berhadapan dengan tahun baru
di semua aspek kenalah post mortem bukan sibuk membuat perayaan
Kalau mahulah umat Islam ini menjadi maju,
bertamaddun dan menempa sejarah gemilang seperti zaman silam
Mari kita buat muhasabah itu atau post mortem!
Muhasabah atau post mortem ada beberapa aspek untuk kita faham,
yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat
Tugas yang diberi tanggungjawab, bagaimana peranannya,
juga tanggungjawab dalam jemaah
Bersifat peribadi adakah kita menghayati rukun iman, mengerjakan rukun Islam, berakhlak mulia seperti tawadhuk, pemurah,
berkasih sayang, sabar, redha, pemaaf
Jika ada keluarga tanggungjawab kita kepada keluarga disempurnakan atau tidak, berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansurkah?!
Jika berjiran hormati jiran atau tidak, selalu memberi bantuan atau sebaliknya,
berlapang dada dengan jiran atau tidak,
jiran susah dibantu atau tidak,
Seterusnya masyarakat sekampung bagaimana pula?!
Masyarakat sekampung adakah kita prihatin kehidupan mereka bekerjasama,
berkasih-sayang, ziarah-menziarahi di waktu lapang
Jika ada tugas atau jawatan didalam kerajaan atau swasta sudahkah kita menyempurnakan tugas itu dengan baik?!
khidmat kita serius atau sambil lewa, bersungguh-sungguh atau bermalas-malas sahaja
Jika kita masuk mana-mana jemaah sudahkah kita menyumbang untuk jemaah,
berkasih sayang sesama ahli, bekerjasama menguatkan jemaah
Begitulah sepatutnya kita koreksi diri kita di dalam masa setahun
di dalam semua bidang, untuk ukuran
Jika cemerlang diteruskan, jika malang jangan diulang
yang cacat ditampal, yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan
dan untuk tindakan
Jika semua warganegara berfikiran begini, setiap tahun muhasabah diri
yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang ditambah, yang baik diteruskan bahkan lebih dibaiki lagi
Begitulah setiap tahun terus menerus hingga dekad ke dekad dan seterusnya.
Natijahnya, bangsa dan negara maju, berkasih sayang,
bekerjasama, Tuhan disembah, berakhlak mulia
Berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani
pada bangsa kita
Bangsa kita bukan sahaja kuat di dalam negara tapi akan jadi empayar dunia
Begitulah bangsa yang benar-benar bertanggung jawab apabila setahun hilang
Bukan setahun yang datang sibuk memikirkan
bagaimana hendak berpesta atau membuat keramaian
Marilah kita tukar cara berfikir, mengubah sikap,
dan memikirkan yang akan datang
Bukan asyik berslogan, berpesta, berperayaan,
berfoya-foya dan berangan
Comment by suara utara — December 31, 2007 @ 6:11 pm