December 1, 2006

Abuya Pemimpin Ajaib!

Filed under: Oemoem, Motivasi

Buku Pemimpin Ajaib

Press Release

Pada tanggal 23 November 2006 di Hotel Sultan Jakarta Yayasan Rufaqa’ Indonesia mengadakan acara peluncuran buku “Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya”. Peluncuran buku ini diresmikan oleh Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Adhyaksa Dault, serta dihadiri oleh Menteri Pemberdayaan Perempuan Meuthia Hatta.

Dalam kata sambutannya, Menpora menganggap bahwa Abuya Ashaari Muhammad, yang dahulu dikenal sebagai pendiri Darul Arqam, adalah mujaddid atau pembaharu karena perjuangannya. Beliau juga menyatakan bahwa perilaku serta pemikiran Abuya Ashaari Muhammad patut diteladani.

“Pemikiran dan perilakunya menjadi inspirasi para pemimpin umat di dunia, untuk melawan kezaliman dan ketidakadilan. Dia melakukan berbagai perubahan dan memberikan keteladanan yang patut dicontoh,” kata Adhyaksa Dault.

Menpora mengutip pula perkataan penulis buku, yaitu Khadijah Aam, bahwa Abuya Ashaari lah Putra Bani Tamim itu, seraya mendoakan agar umur Abuya dipanjangkan sampai didatangkannya Imam Mahdi.

Menurut Adhyaksa, perjuangan Abuya selama 40 tahun telah menghasilkan sistem hidup baru. Ia menciptakan sistem hidup yang layak menjadi model alternatif utama di tengah kerusakan moral. Insya Allah, Abuya tak pernah menyatakan sebagai mujadid, tapi kita yang menyatakan Abuya Ashaari adalah mujadid.

Peluncuran ini dihadiri oleh wakil negara sahabat, yaitu Wakil Duta Besar Mesir dan perwakilan Kedutaan Besar Malaysia. Dalam peluncuran ini hadir pula tokoh-tokoh penting seperti Bang Imad, Sri Bintang Pamungkas, Ketua Dekopin Adi Sasono, Jubir Hizbut Tahrir Ismail Yusanto, Motivator Reza Syarief, Kemala Motik serta tokoh-tokoh lainnya.

Berikut liputan dari media massa dan beberapa link terkait:

REPUBLIKA
Menpora: Pendiri Darul Arqam Seorang Mujaddid

PIKIRAN RAKYAT
Teladani Perilaku Abuya Ashaari
Abuya Ashaari ”Pemimpin Ajaib”?
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi : Umat Islam di Dunia Hidup Nafsi-nafsi

LINK TERKAIT
Website Resmi Rufaqa’
Website Kumpulan Minda (Buah Pikiran) Abuya Ashaari Muhammad

September 15, 2006

Sajak Ramadhan Abuya

Filed under: Motivasi

Assalamu ‘alaikum wr.wb.

Dalam rangka menyambut Bulan Ramadhan yang Agung, saya persembahkan beberapa sajak dari guru Mursyidku Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attami di situs affan@cnrglab yang saya kelola. Untuk lebih mengenal lagi pribadi beliau, saya juga kumpulkan biografi singkat Abuya di situs affan@cnrglab yang saya kelola.

Mudah-mudahan dengan menghayatinya, kita dapat rasakan kebesaran Tuhan dan Orang Tuhan yang sangat inginkan keselamatan bagi kita semua, di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi.

Amin.

Wass.wr.wb.

August 9, 2006

Tawakal

Filed under: Motivasi

Assalamu ‘alaikum wr.wb.

Ada sebuah artikel bagus dari www.rufaqadaily.com, sebuah situs kumpulan buah fikiran Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi, mudah-mudahan berguna bagi kita sebagai bekal untuk membaiki diri.

Tawakkal” itu meletakkan pergantungan hati kepada Allah semata-mata, tidak pada diri, harta atau pada sesiapa sahaja.

Kisah I
Sayidina Umar telah berjumpa sekumpulan penduduk Yaman yang tidak berusaha, sebaliknya hanya bertawakkal buta. Sayidina Umar bertanya, “Mengapa kamu tidak berusaha?

Mereka menjawab, “Kami hanya bertawakkal kepada Allah.

Kata Umar, “Kamu berbohong, kamu bukan orang yang bertawakkal. Orang yang bertawakkal itu menaburkan benih ke dalam tanah yang subur, lalu dipelihara menurut ketentuan-ketentuan orang yang bercucuk tanam, dan barulah menyerah diri bertawakkal kepada Allah.

Kisah II
Nabi Musa a.s tidak mahu mengubat sakitnya walaupun kaumnya telah menunjukkan ubat dari tumbuh-tumbuhan yang terkenal mujarab.

Aku tidak akan berubat sampai aku disembuhkan-Nya tanpa berubat” kata Musa a.s.

Namun penyakitnya tidak juga sembuh-sembuh. Allah mewahyukan agar Nabi Musa berubat sepertimana yang disyorkan oleh kaumnya. Nabi Musa melaksanakannya dan dia pun sembuh.

Allah berfirman kepadanya, “Engkau hendak membatalkan hikmah-Ku dengan tawakkalnya engkau kepada-Ku. Siapakah yang menyimpan ubat dalam tumbuh-tumbuhan sebagai manfaatnya, selain Aku?

Kisah III
Sayidina Umar r.a pernah menolak untuk masuk ke tempat yang terkena wabak taun. Lalu Sahabat-Sahabat yang berpendapat tiada salahnya untuk masuk ke tempat itu dan bertawakkal kepada Allah bertanya:”Adakah kita lari dari taqdir Allah Taala?

Umar menjawab, “Benar, kita lari dari taqdir Allah kepada taqdir Allah.

Usaha Dan Tawakal…..berusahalah, bekerjalah, bertawakkal dengan Tuhan jangan lupa.Yakin dengan usaha dan kerja tanpa tawakkal mentuhankan diri namanya. Jangan bertawakkal sahaja tanpa usaha dan bekerja.Ini menafikan usaha dan menolak syariat di dalam kehidupan.

Usaha dan tawakkall dua perkara yang mesti ada bersama.Tidak boleh dipisahkan di antara kedua-duanya.Apabila berjaya malulah kepada Tuhan,kerana usaha kita Dia jayakan.

Merendah dirilah kepada-Nya Puji dan pujalah kepada Tuhan dengan sepuas-puasnya. Janganlah bangga dengan kejayaan, sombong dan takbur namanya.Sombong dan takbur dimurkai Tuhan,tidak sepatutnya kita lakukan.

Begitulah caranya kita berusaha dan bekerja.Kita berusaha jangan tinggalkan Tuhan.Tuhan adalah segala-galanya buat kita. Jangan lupakan Tuhan di dalam berusaha dan bekerja.

Wass.wr.wb.

July 7, 2006

Madah tentang hati

Filed under: Motivasi

Abuya

Takutkan Tuhan atau cinta pada-Nya boleh melembutkan hati.
Lembutnya hati, mazmumah boleh mati.
Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya, hati buta atau mati.
Bila hati buta atau mati, nafsulah yang akan menjadi raja di dalam diri.

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 27, 2006

Miliki Tuhan

Filed under: Motivasi

Marilah kawan-kawan mengagungkan Tuhan
Melalui sembahyang, zikir, puasa dan baca Al-Quran
Tuhan adalah segala-galanya
Kerana segalanya adalah ciptaan Tuhan

Kehilangan Tuhan, kehilangan segalanya
Mendapat Tuhan, mendapat segala-galanya
Marilah kita miliki Tuhan
Agar segalanya kita miliki

Memiliki Tuhan, memiliki segalanya
Kehilangan Tuhan tiada erti segalanya
Kerana segalanya bila-bila masa diambil Tuhan
Kehilangan segalanya tidak mengapa

Jangan sampai kita kehilangan Tuhan
Segala yang kita miliki tiada gunanya
Milikilah Tuhan, Dia kekal abadi
Penyelamat kita dunia Akhirat

Segalanya selain Tuhan akan binasa
Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita
Cintailah Allah dan agungkanNya
Syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmatNya
Sabarlah atau redhalah di atas ujianNya
Kerana ada didikan dan hikmah kepada kita

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 26, 2006

Ajarkan Aku Tuhan

Filed under: Motivasi

Tuhan! Jika aku masih sujud padaMu
Menunjukkan Engkau masih memanggil aku
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkanMu
Namun aku sahaja tidak pandai beradab denganMu

Aku hambaMu memang tidak pandai beradab
Tapi Engkau masih sudi menerima aku
Begitulah rahmat dan kasuh sayangMu
Hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmatMu

Tuhan! Ajarkanlah bagaimana beradab denganMu
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaranMu
Aku takut setiap kali aku menyembahMu
Aku derhaka denganMu tanpa disedari

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah aku
Kalau aku tidak pandai membesarkanMu
Maafkanlah aku tidak pandai beradab
Begitulah hambaMu selalu sahaja tidak beradab denganMu

Janganlah kau putuskan hubunganku denganMu Tuhan
Teruslah panggil aku untuk menghadapMu
Aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu Tuhan
Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu

Wahai Tuhan! Ajarkanlah aku
Bagaimana beradab dalam sembahyangku
Agar Kau tak putuskan hubungan denganMu
Kalau Engkau putuskan musnahlah hidupku
Engkau sahaja harapanku

Janganlah Kau putuskan hubunganku denganMu Tuhan
Teruslah panggil aku untuk mengadapMu Tuhan
Aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu Tuhan
Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu


Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 25, 2006

Reaksi Tuhan

Filed under: Motivasi

Walaupun Tuhan itu Zat yang Maha Agung
Kita tidak dapat melihatnya dengan mata
Namun Tuhan marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murkaNya dapat dikesan
PerhatianNya pada kita boleh juga dibaca
Kemaafan juga dapat dirasa

Jika bersembahyang ada lazatnya
menunjukkan Tuhan ada perhatian pada kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang
Menunjukkan kita ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan

Bila kita memohon ampun
Jiwa kita terasa lembut
Air mata taubat berguguran
Moga Tuhan terima taubat kita

Apabila jiwa kita gelisah
Tanda Tuhan murka, pasti ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan
Dia pasti mengampunkan kita

Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah
Bersyukurlah kita kepadaNya
Kalau kita berusaha mendekatkan diri
Dengan Tuhan kemudian diujinya kita
Itu tandanya Dia meredhai kita
Untuk bersihkan dosa dan tinggikan darjat

Kalau kita kaya mudah saja
Kita mengagihkan kepada manusia
Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat
Untuk menderma dan memberi keranaNya
Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara murka

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 24, 2006

Bantulah Aku Melawan Hawa Nafsu (repost)

Filed under: Motivasi

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Kucoba berkali-kali, aku gagal lagi
Namun aku tak putus asa, aku lawan lagi
Namun aku tak mampu, aku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku, mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merusakkanku
Agar aku tak terhalang dari menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, kasihanilah aku
Jangan Engkau biarkan aku

Tuhan!
Bantulah aku, kasihani aku, jangan biarkan aku
Bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Aku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Aku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering menggangu aku
Setiap hari ia memusuhiku ketika aku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu Aku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nanti

Tuhan, aku kan mencoba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu dan rahmat-Mu, Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar aku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap moga aku akan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu didalam seluruh kehidupanku

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, kuingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nanti

Tuhan, aku kan mencoba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu dan rahmat-Mu, Tuhan

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

May 23, 2006

Sembahyang Titik Tolak Segalanya

Filed under: Motivasi

Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaikkan sembahyangnya
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca

Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan pun mencurah-curah
Dianugerahkan kepdanya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga
Kelihatan pula kepada peribadinya syariatnya sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara

Kerana itu betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya
Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan tanpa sembahyang
Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang

Sembahyang adalah ibu ibadah
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan
Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian
Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik

Jika sembahyang sudah dicuaikan
Atau bersembahyang tidak ada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan tanpa sembahyang
Itu adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi

May 22, 2006

Sembahyang itu Hubungan Hamba dengan Khaliqnya

Filed under: Motivasi

Abuya Attamimi

Apabila sembahyang ditinggalkan,
Atau sembahyang dengan kejahilan,
Atau sembahyang di dalam kelalaian,
Hubungan hamba itu dengan Khaliqnya sangat cacat,
Atau terus terputus,
Kutuk dan laknat pun berlaku, ke atas kepalanya,
Oleh Allah, para malaikat, seluruh makhluk Allah,
Kecuali jin dan manusia

Kalau begitu apalah erti kekayaan?
Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan!
Nama dan glamor tiada berguna,
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka

Dirikanlah sembahyang di atas waktunya,
Di awal waktunya,
Pertahankanlah jemaah setiap waktu,
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya,
Hadirkan hati,
Fahamkan maksudnya,
Hayatilah tuntutan-tuntutannya

Rasakan kehebatan Allah,
Menghina dirilah di hadapan-Nya,
Agungkan dan besarkan Zat-Nya

Hilangkan segala yang ada,
Hanya kewujudan-Nya sahaja yang kita rasa ada,
Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula diperiksa,
Dirikanlah sembahyang, jangan hanya bersembahyang,
Agar seluruh amalan kita diterima.

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi


Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here